Followers




Tuesday, January 04, 2011

Cerita PLKN..

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 11:00 PM
Apalagi yang hendak ditulis.. dah 2,3 hari tak dapat nak menulis sesuatu di blog ni.. sibuk sangat.. awal awal tahun ni..banyak benda perlu dibuat..perlu menyediakan  laporan prestasi anak buah.. boss dah minta..date line dah lepas..

Rasanya kita bercerita pula lah mengenai PLKN no...atau pelatih khidmat negara. Kita start dari mula.. aku ni sebenarnya cita cita dari kecil nak jadi cikgu.. memang minat habis dengan kerjaya tu.. maklum la bagi aku ia kerjaya yang mulia, kedudukan cikgu pula.. terutama dulu dulu cikgu dihormati dan disanjungi.  Bagi ku ia kerjaya mulia yang pahalanya sampai ke liang lahad sekiranya ilmu yang baik yang kita ajar tu disampaikan pula kepada orang lain..jadi pahala kita akan berterusan.  Kita duduk didalam kubur pun akan dapat pahala yang mungkin akan meringankan siksaan kita..

Aruah ayah aku juga seorang guru..minat habis tengok ayah mengajar..pernah duduk dalam kelas ayah dulu..ayah ku mengajar subjek bahasa Malaysia, geografi dan sastera untuk tingkatan 5 dan 6..ayah ku juga kiranya idola ku juga la.. sukar cari ganti..peribadi mulia, pengasih dan lembut pada anak anak..

berbalik pada cerita PLKN.. oleh kerana bukan rezeki ku untuk jadi cikgu sebab mohon ke maktab dulu dulu pun tak dapat.. tak ada rezeki.. bila umur dewasa matang ni.. minat jadi cikgu tu tak hilang.. jadi aku cuba untuk menjadi tenaga pengajar PLKN atau dipanggil juga cikgu oleh pelatih PLKN..nak tahu cerita lanjut sila la ke ruangan halaman..

0 ulasan: