Followers




Thursday, November 17, 2011

sedihnya..

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 6:17 PM
Hari ini 17 nov2011 keputusan peperiksaan UPSR di umumkan..saya tak pergi kesekolah untuk ambik keputusan, cukuplah anak dan abahnya saja yang pergi..saya cuma berada di surau sekolah anak, sek keb bertam Indah, Kepala Batas, untuk buat sembahyg hajat, baca yasin, terus doa dan berdoa sepanjang 4 atau 5 hari ketika UPSR berlangsung beberapa bulan yang lalu..nak ambik keputusan sya serah segalanya pada Allah. Alhamdulillah Allah mendengar rayuan hambanya..anak sya berjaya mendapat 5a, begitu juga sepupunya Zakhwan..Tahniah.

Tapi,, ada satu berita sedih yg suami sampaikan melalui mesej kepada saya..ketika itu saya hendak masuk kedewan peperiksaan..sedih, sungguh sedih..lepas exam didalam kereta saya menangis semahu mahunya.. bapa kawan anak saya telah meninggal dunia semalam, kerana aksiden, mayat disimpan hari ini..jadi kawanya tu tak kesekolah untuk ambik keputusan hari ni..yg sedihnya..maknya dah meninggal sebelum ni akbibat kanser, ini pula bapanya meninggal akibat kemalangan,
sedih sya mendengarnya..aruah bapa nya seorang guru.. keputusan upsrnya 5A.. sedih sangat tu kerana sebelum UPSR kami bergilir untuk hantar anak ke tusyen..dan sya ada beberapa kali hantar kawan anak saya tu balik kerumah selepas habis tusyen..tapi apakan daya..apabila masa kita dah sampai kita tidak akan dilewatkan walaupun seminit..

0 ulasan: