Followers




PLKN story

0 ulasan


KISAH DI KEM WHITE RESORT BALIK PULAU.

Oleh sebab minat yang mendalam nak jadi cikgu.. aku pun cuba minta jadi tenaga pengajar di PLKN dalam program Integrasi.. nak rasa juga macam mana jadi cikgu.. setelah dapat ofer tu..aku pun mohon cuti dari pengarah untuk ke kem PLKN, tapi sayang kelas ku yang pertama pada pertengahan tahun 2010, aku tak sempat nak ambik gambar, tapi yang ku paling ingat aku bertuah masa tu aku ditempatkan di Kem White Resort, Balik Pulau, dalam kelas ku pada masa tu ada seorang wira nama dia adli.. memang bagus la adli..memudahkan kerja aku. dia bertindak sebagai ketua kalau aku suruh buat sesuatu dia yang akan bertindak dan boleh pulak mengawal dan menggerakkan rakan rakannya yang lain untuk menjalankan aktiviti yang aku suruh. Memang aku tengok dalam diri Adli ada bakat kepimpinan yang tinggi..tapi sayang aku tak sempat nak ambil no tel dia.. kalau adli terbaca blog ni kontek cikgu ya..

Tahniah ku ucapkan pada semua pelatih PLKN di kem White Resort dalam kelas aku tu sebab.. kerjasama mereka yang amat baik sekali dan persembahan akhir mereka pun cukup bagus.. kerjasama yang baik antara semua, wira dan wirawati melayu, cina dan India. ...jgn tak tahu ya..peserta kem tu semuanya kita kena panggil wira dan wirawati semasa di kem plkn tu.

Dalam program integrasi.. modul nya adalah adat, budaya, makanan, pakaian, agama, permainan tradisional, perayaan. Semuanya mengikut kaum kaum yang terdapat di Malaysia lah.  Jadi bertuah sikit sebab aku kerja di Jabatan Perpaduan.. memang banyak juga pengalaman yang ada yang dapat ku curahkan pada pelatih pelatih PLKN tu.. dalam kelas yang ada adli tu.. aku ceritakan kisah Kg Medan kepada mereka.. kisah kg medan megenai tidak ada persefahaman antara kaum, Melayu, Cina dan India menyebabkan berlaku pergaduhan yang teruk dan banyak yang mati.. ku ceritakan pada mereka kisahnya mengenai pada suatu masa di kg tu..ada satu keluarga melayu sedang buat kenduri kawin dalam masa yang sama juga ada satu keluarga india kematian ahli keluarga dan hendak membawa ahli keluarga yang mati tu ke kubur..jadi keluarga Melayu tu tak benarkan lalu di depan rumah mereka, jadi la perbalahan, membesar, hingga berlaku pergaduhan kaum.. tapi pandai wira dan wirawati mereka olah kan cerita.. dia orang selitkan juga masa aku tngk persembahan baru aku tahu.. ada pulak kaum cina bermain mercun sebab masa tu sedang merayakan tahun baru cina.. jadi 3 kaum tu bergaduh besar.. dan last sekali ada pulak dia orang berlakon jadi Pegawai dari Jabatan Perpaduan untuk leraikan pergaduhan tersebut.. bersama pihak polis. Yang akhirnya semuanya berbaik baik semula..Tahniah kamu semua... tapi cikgu terputus hubungan dengan kamu semua.. itu cerita kelas pertama ku..tapi satu gambar pun tak sempat nak ambil.. masa tu aku belum berblog dan berfacebook lagi.. jadi tak la ambik gambar.. tak ada kenangan bersama mereka..namun aku tetapkan rindukan mereka sebab mereka semua baik baik belaka..



KISAH DI KEM PLKN SRI KANDI, PANTAI MERDEKA, KEDAH.

ni adalah cerita kem yang ke 2 yang aku mengajar..program integrasi la.. pada bulan 8 tahun 2010. masa tu bulan puasa.. Ya Allah letihnya nak mengawal wira dan wirawati tu.. hanya Allah yang tahu..aku pilih sekali ni ke Kem Sri Kandi.. sebab bulan puasa aku nak berulang alik kerumah.. boleh berbuka puasa dengan keluarga.  Tapi group ni tak sama macam group yang pertama dulu.. letih aku dibuatnya untuk mengawal mereka..namun aku cuba juga.. depa semua kali ni panggil aku cikgu mama.. dugaan juga sebab bulan puasa.. tu la kalau tengok gambar dibawah ni.. depa asyik bersandar didinding sj.. puas depa ni aku pujuk, ajak join aktiviti.. susah jugak..

Tahun 2011..ada jga panggilan dan ofer yg ku terima untuk jadi Tenaga pengajar modul integrasi..tapi..aku lebih suka dan jatuh cinta pada bidang membuat kek ni..rasanya cukuplah pengalaman itu..aku lebih jatuh hati pada bidang baking...



ni semua tengah dok bincang .. aku bagi tajuk dan suruh bincang, bentang di depan dan buat aktiviti..
yang belah kanan tu sekali Zul, orang Pokok Sena, Kedah.. yang banyak bagi kerjasama..


Tengah bincang...


ni pembentangan kumpulan.. tajuk pakaian kaum.. kiranya model tu pakai pakaian iban atau kadazan tu.. tengok tak atas kepala tu..


yang depan tu Caie.. sedang bentang..


ha ni Zul.. di sedang tunjuk silat.. terketar ketar Zul dok baca jampi mentara kot..dia dah naik sheh.. aku pulak yang takut..he he he


ni zul,caie..yang aku ingat nama la.. tu adat meminang tu...nampak tak kat tengah tu..kiranya hantaran la tu.. habihla daun daun dan pokok kat kem tu.. hanya tu ja yang ada.. berlakon tetap kena buat..

tengah minta maaf..


pembentangan kumpulan.. yang pakai kopiah tu syafik..


gambar mayat di kapan.. dalam modul kematian orang Islam.. ada juga dilakonkan kematian orang cina. tapi tak tahu tak ada pula gambarnya.. cuma sekali ni tak ada pelatih India dalam kelas ku jadi tak dapat nak lakonkan adat dan cara kematian orang India.


pembentangan kumpulan..

sebelum p mengajar PLKN..kena la pi kursus dulu..
ni semua cikgu modul integrasi PLKN 2010

 
cikgu integrasi kem sri kandi..pantai merdeka..2010