Followers




Monday, December 10, 2012

jom kita kongsi resepi dan tengok gmbar kek blog baru kak syima..

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 4:42 PM 0 ulasan
jom tengok gambar kek lagi. tapi blog kak syima tengah proses buat ya..http://afasweetkitchen.blogspot.com. 

Friday, November 23, 2012

kelas kek n decor kek..

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 3:33 PM 0 ulasan
Assalamualaikum..apa habaq semua.lama nya kak syima tak update blog. agak kurang sihat kebelakangan ni..kemarin dah p jumpa doktor..harap sihat seperti sediakala..banyak projek tersangkut..ada juga yang tel atau mesej kak syima minta buat kelas kek atau dekor kek..kalau ada apa apa mesej atau call kak syima ya

Tuesday, November 06, 2012

Promosi telekung jersy afa..

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 7:53 PM 0 ulasan
Assalamualaikum...selain buat kek kak syima juga ada jual telekung dari kain jersy..harga untuk dewasa RM 60.00 tak termasuk harga pos RM 10.00..sila la tengok gambar telekung tu..sejuk, selesa, tak payah pakai anak telekung..sesuai untuk siapa2 yg nak pergi haji atau umrah..dan juga untuk pakai sembahyang setiap hari..tengok sini ya..
http://afamajujaya.blogspot.com
 

telekung jersi afa

Monday, November 05, 2012

Air tangan hubby..

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 7:31 PM 0 ulasan
 
Lasagna
 
catatan 5.11.2012..Salam..Sebelum hari Raya Aidil Adha hari tu..setelah semua anak2 balik bercuti raya di rumah..husbnd kak syima cuba buat lasagna untuk jamu anak2..emmm sedapppnya...
 
 
tengah bakar..tak boleh makan lagi..lasagna ni bukan bakar cara bain marie ya...tpi husband kak syima buat sampai melimpah limpah...takut juga meleleh..kena la lapik ngan loyang

Maaf yan lambat buat kek

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 7:17 PM 0 ulasan
bluebery cheese kek
 
Assalamualaikum..mai kita layan gambar kek  ni yang di oder oleh yan..yan oder 2 biji kek satu bluebery cheese kek dan lagi satu tiramisu cheese kek..tpi cari gambar si tira nak bubuh dalam blog ni dah tak jumpa gambar tu..maaf yan bnyak hari oder baru dapat kek ni..kak mah sibok memanjang..kek ni kebetulan ada sikit stok bluebery dan buah kiwi dlm peti ais jadi kak syima tabur la sikit2

oder sempena aidil adha 2012

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 5:39 PM 0 ulasan

Carrot cheese dan tiramisu cheese ni  di oder oleh cikgu salmah untuk sambutan hari raya aidil adha 2012..tq atas oder....
 
 
entah yang keberapa kek ni di oder oleh cikgu salmah..dia kata semua ahli keluarnya suka makan kek cheese tiramisu ni..tq cikgu..nanti oder lagi tau..
 
Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 5:35 PM 0 ulasan

cubaan buat kek karemel pelangi..

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 5:28 PM 0 ulasan
Asalamualaikum...amboi mengancam sungguh kek ni..yang menjadi perbualan hangat sana sini seantero dunia..sicantik ayu manis ni..siapa lagi..kek karemel pelangi la..dah lupa bila buat sebab baru nak tulis cerita ni..ok kita layan dulu gambar dia yang ayu ni..
 
 
 


walaupun kak syima tak pi kelas mana mana untuk buat kek ni ..tapi dek kerana terlior tengok kawan kawan lain buat..kak syima buat juga la..ooo betul2 mencabar buat kek ni..kali pertama cubaan..kek nya sedap sangat2,,gebu, sedap, besttt..tak terkata..jika dibanding dengan kek kek lain..kek ni kak syima bagi nombor 1 kesedapan nya..tapi..fuhhh karemelnya..agak lembut sikit...aduhhh..tak pa..nak cabar aku ya wahai kek..nanti tengok siapa menang..
 
 
gebu, halus, mulus, kesedapannya tak terkata..itulah namanya kek karemel pelangi..

oder dari tih

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 5:10 PM 0 ulasan
 
Assalamualaikum..huhh lamanya tak update blog..dek kerana kemalasan dan tak ada masa..buat kek dan ambik gambar sj..nak bubuh dalam blog..kena tunggu masa lapang..dan kena ada mood menulis baru boleh..ok kak syima tunjuk kek coklat moist ni ya..
 
kek coklat moist ni oder dari tih untuk dibawak balik beraya/Aidil Adha 2012 ke Pahang..


 
kek coklat sebanyak 70 biji ini jugak di oder oleh tih untuk dijadikan gudies bagi majlis akikah anaknya..tq tih atas oder..nanti oder lagi ya..

telekung jersey sembahyang yang sejuk dan selesa

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 4:20 PM 0 ulasan
untuk melihat dan nak tahu lebih lanjut mengenai telekung jersey afa..sila ke
http://afamajujaya.blogspot.com

Sunday, October 21, 2012

kuih bakar bijan

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 7:58 PM 0 ulasan

lemak lemak manis..disaluti dgn minyak sapi yang enak..nak oder..sebiji RM 2.50.

talam keladi

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 7:50 PM 0 ulasan
 
talam keladi yang sedap..lemak2..penuh keladi,,lembut..sedap! best..
1loyang ni ~ RM 30.00
untuk tempahan 0195177937
 

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 7:46 PM 0 ulasan

kuih lapis dan talam suji

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 7:42 PM 0 ulasan
                                   kuih lapis
                    untuk tempahan 0195177937
 
 




 

                                      talam suji
 

Tuesday, October 09, 2012

Muffin bluebery yang gebu dan sedap..

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 11:32 PM 0 ulasan
 
Salam Sejahtera..mai kak syima tunjukkan gambar muffin bluebery yang gebu dan sedap lagi marvelos..
 
 
muffin blueberry
 
..mmm gebu dan sedap..
 
 
 
bluebery muffin yang siap di bungkus untuk di hantar ke koperasi sekolah..sapa sapa yang berhajat nak oder jangan segan dan malu tel kak syima 0195177937


Dah 4 kali marzuki oder

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 11:00 PM 0 ulasan

kek coklat moist ni di oder lagi oleh marzuki. ini adalah merupakan oder kali ke 4 dari marzuki kawan hubby..sbb dia kata sedap..boleh kata tiap2 bulan dia oder..trima kasih marzuki. sapa2 nak rasa kesedapan kek moist syima ni..sila2 tel atau mesej ke no ni ya..0195177937 jangan malu dan segan.

Slice kek oder dari sabariah

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 10:52 PM 0 ulasan


Assalamaulaikum. enteri hari ini 9.10.2012 ialah kek strawbery slice kek yang di oder oleh Pn sabariah.


 
Strawbery slice kek
 
anda dapat 36 keping/potongan kek untuk hanya harga RM 35.00.
sesiapa yang rajin tu boleh la buat sendiri tapi bagi yang malas tu..tel atau mesej sj kak syima 0195177937 untuk oder. lebih mudah kan. mesej yang kak syima terima dari Pn. Sabariah.."salam. Puan saya dah rasa kek tu..sedap"

Saturday, October 06, 2012

Muffin pisang coklat kukus

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 2:55 PM 0 ulasan
Salam. entri apa nak tulis hari ini ya..kak syima cerita pasal muffin pisang lah ya..kemarin 5.10.2012..kak syima ada cuba resepi baru muffin pisang kukus. tengok gambar dalam resepinya macam sedap sj..cuba buat tengok nak rasa sedap ka tak..nanti kak syima kongsi resepinya ya..


 
kak syima buat lah 1 adunan untuk di bawa ke rumah kak syima untuk makan makan sbb mak kak syima nak turun menunaikan haji pada
6.10.2012
 
 
Muffin pisang coklat..
kalau nak oder 0195177937
 
Jom kita kongsikan resepinya...
 
 Bahan A
 
2 cawan tepung gandum
2sudu makan serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
garam secukup rasa
 
 
Bahan B
 
1 cawan pisang emas (sudah di lecek)
1 cawan minyak masak
1 cawan gula Perang
2 biji telur (dipukul sedikit dengan garpu)
 
 
Cara membuatnya :-
 
1. Ayakkan bahan A kedalam mangkuk
2.  Kemudian masukkan bahan B dan kacau rata
3.  Masukkan kedalam acuan kecil
4. kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
 
selamat mencuba..
 
 
 
** ihsan..Chef hanieliza


Thursday, October 04, 2012

cup kek hantar ke sekolah

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 9:11 PM 0 ulasan
 
 

cup kek choc moist ni kak syima buat untuk hantar ke koperasi sekolah..siapa nak oder boleh tel kak syima ya..0195177937..

tajuk apa kali ini ya..

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 8:56 PM 0 ulasan
Assalamualaikum..aduh malasnya nak menulis dalam blog ni..dah brapa hari tak update..apa nak jadi dengan blog ni..malas sungguh malas..buat kek pun cuma ambil gambar saja ..x up date blog ni..esok kak syima cuti boleh la nak tulis sesuatu dlm blog ni dan masuk n3 terkini..kak syima masukkan gambar kek yang kak syima buat ya..

 
kek bluebery cheese ni ni oder oleh kawan hubby kak syima untuk birthday suaminya..respon yang kak syima terima..dia kata kek ni sedap..nnti nak oder lagi untuk birthday anaknya..tq atas oder.

Saturday, September 15, 2012

Catatan ketika keletihan..

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 3:16 PM 0 ulasan

Assalamualaikum..apa nak tulis entri kali ini ya..15/9/2012..syima baru balik dari kenduri bacaan yasin doa selamat mak dan adik nak menunaikan haji. Penat dan letih ni..tapi kalau tak tulis tak ada pula benda baru dalam blog ni..kenduri doa selamat tersebut dibuat di Rantau Panjang Kedah. Dirumah Paklang syima yg juga nak ke mekah.,,jadi fikir2 apa nak bawak ya..semalam syima cuba buat pandan layer menggunakan resepi yg agak berbeza dari resepi yg syima selalu buat sebelum ini..Alhamdulillah cubaan menjadi..pukul 2.30 pagi tadi masih tak tidur dok buat kek ni,,

Resepi yg selalu syima buat sebelum ini menggunakan tepung jagung dan tepung Hong kwe,,kali ini syima buat menggunakan agar agar dan tepung hong kwe..harap harap sedap la kek ni..kek ni sepenuhnya menggunakan daun pandan dan warna hijau pandan ..syima tak masukkan perasa pandan dan pewarna hijau, hanya terdapat sedikit kesan hijau  dari tepung hong kwe tu sj..dan selebihnya adalah hijau pandan..sungguh harum bau pandan sbb syima gunakan seperdu daun pandan yg syima beli dari kedai runcit..dan blend daun pandan tersebut untuk mengambil airnya.

Harap harap sedap la kek ni..ni percubaan pertama syima..akhirnya syima doakan mak, adik lelaki ,paklang dan maklang syima selamat menunaikan haji dan diberikan haji yang mabrur..amin.

Sunday, September 09, 2012

kek coklat moist utk d bawa ke pusat tahfiz al balaghul Mubin

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 1:52 PM 0 ulasan



Assalamualaikum.. apa habaq semua. terima kasih krn sudi baca entri kak syima. kali ni kak syima tunjukkan gambar kek coklat moist yg kak syima buat untuk bawa ke tempat anak belajar di Kelantan.. selepas Raya baru ni kak syima hntar anak lelaki yg belajar di balaghul Mubin pusat tahfiz di rong Chenok Tanah Merah..dari Peneng kak syima bawa kek ni..tujuan nak jamu pelajar tahfiz kawan2 anak di sana..moga di beri keberkatan oleh Allah jamu org yg sedang belajar hafal al quran. kak syima buat decor simple sj..susah juga sbb perjalanan jauh..semua tak kena mula2 letak dalam bonet kereta lepas tu kak syima riba kek tu..jenuh juga nak meriba kek ni..takut juga buah tu lasu..tak fresh lagi..bila sampai ke pusat tahfiz tu..anak kak syima terkejut..dia tanya kek ni untuk kawan2 dia ka bila dia tengok kak syima dok potong slice kek tu, bila kak syima minta dia bawak pd kawan2 dia..emm dekat koridor tu juga kak syima tengok dia org dah bukak dan berebut dan agihkan kek tu..Alhamdulillah..doa kak syima semoga Allah permudahkan kalian semua menghafal al Quran.. Amin.

Friday, September 07, 2012

Majlis Tazkirah Pagi Jumaat MRSM 7/9/2012

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 10:32 AM 0 ulasan

Assalamualaikum. Hari ni jumaat. kak syima cuti..bestnya..dapatla ber fb dan masuk kan cerita dlm blog ni. Sebenarnya dah lama suami kak syima mintak buatkan kek tiramisu ni untuk dibawa ke tempat kerja nya..tapi dek kerana kemalasan dan sibok dengan kerja... baru la hari ni kek tu dapat dibawa ke tempat kerja suami kak syima. Tu pun semalam suami kak syima yg bantu buatkan..kak syima cuma guide dia sj mcm mana nak buat.

Tuesday, September 04, 2012

kenangan raya 2012

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 7:27 PM 0 ulasan

..."Ya Allah sinarilah hati anak anak ku dengan cahaya hidayah Engkau sepertimana Engkau menyinari bumi ini dengan cahaya matahari selama lamanya dengan rahmatMu, wahai Tuhan Yang Amat Menyanyangi"...

~oder dari Sal~

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 7:08 PM 0 ulasan
kek coklat moist
 
 

kek coklat moist ni sungguh sedap.. kak syima buatkan 2 lapis dan tengahnya kak syima bubuh filling strawberi, sal minta buatkan kek 4 segi moist coklat untuk hantaran pertunangan anaknya. walaupun kalut kak syima buat jugak demi tak mahu hampakan permintaan sal..hari yang sama kak syima nak kelantan untuk hantar anak belajar di sana..jadi memang la terkejar kesana dan kemari demi nak siapkan kek ni..

Monday, August 27, 2012

Tempahan kek dibuka semula..

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 9:54 PM 0 ulasan
Assalamualaikum..dah lama syima tak tulis sesuatu dalam blog ini. dah dua bulan syima tutup oder dan berehat..bestnya.. tak puas berehat..blog ni pun dah bersawang.. syima kena bersihkan semula sebelum blog ni kena tutup. serentak dengan itu syima mengumumkan..syima buka semula oder kek..sila tel syima 0195177937 kalau ada ada yg berminat nak oder tpi kena awal ya,,seminggu sebelum..kalau last minit tak sempat nak beli bahan2nya..ok bye jumpa lagi..

Monday, June 18, 2012

nak masak apa petang ni ya..

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 8:16 PM 0 ulasan
lengat/talam labu yg sudah masak


tengah mengukus..25 minit ..mudah set timer sj




Assalamualaikum..hari ini 17.6.2012,, kak syima cuti,,plan nak masak apa petang ni ya..stok labu manis ada lagi,,sedap jugak buat lengat labu atau talam labu..makan petang petang ni sedap juga..kak syima tunjukkan gambar nya ya.

puding caremel untuk minum petang

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 6:42 PM 0 ulasan
Puding Caramel..

Assalamualaikum, dah lama kak syima tak update blog, tak tulis sesuatu dalam blog ni, sibok memanjang, maklum saja kak syima ni sibok dgn kerja pjbt , tak ada masa kadang2 nak berblog ni,,hari ni kak syima tunjukkan puding caremel yang anak kak syima buat untuk minum petang, anak kak syima tu balik bercuti, dia sedang belajar di gombak..tumpang dia rajin dan nak sediakan sendiri puding caremel tu ok la, tak tahu pulak kat mana diambik resepi tu..

Saturday, June 09, 2012

tiramisu

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 9:21 AM 0 ulasan


                                      tiramisu cheese kek yang sedap..

oder dari cikgu jariah..

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 9:19 AM 0 ulasan



kek ni di oder oleh jariah untuk birthday husbndnya yg ke 47. Tq cgu jariah.

Peach kastard kek

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 9:19 AM 0 ulasan

Kek ni di oder oleh yan, untuk birthday anak anaknya..

tempahan carrot cheese kek

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 9:17 AM 0 ulasan
Assalamualaikum. kemarin 8.3.2012, syima dapat call dari adik syima kawannya nak oder carrot cheese kek, adik syima kata nak esok..hari ni la 9.3.2011, pagi,,jadi hari ni pagi pagi kek tu dah siap..syima uploadkan gambar kek tu..hanya decor simple sj..

Friday, June 08, 2012

tempahan last minit

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 8:52 AM 0 ulasan

Assalamualaikum. kek ni tempahan dari kawan adik syima azah. carrot cheese kek ni syima decor simple je..

~bownies chocklat~

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 8:35 AM 0 ulasan

~brownies coklat sekejap sj habis, tak cukup, semua kata sedap. kalau nak oder tel syima ya 0195177937.

sempena kenduri abah

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 8:26 AM 0 ulasan

Carrot cheese walnut~oder dari kak lizam dan adik nurul kali ke... tak ingat dah. depa kata sedap. sempena kenduri abah @ bapa mertua ku (syima dapat mak mertua baru)

Saturday, June 02, 2012

my latest fondant

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 1:36 PM 0 ulasan
Assalamualaikum. amboiii lamanya syima tak buka dan update blog..dan dah lama tak ambik oder kek. tapi hari ni syima tunjukkan gambar kek fondant terkini syima yang di oder oleh wani pada 3.6.2012.

Monday, May 07, 2012

Salawat Tafrijiah yang banyak kelebihannya..jom kita amalkan

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 2:49 PM 0 ulasan
"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".

kelebihan yang diberitahu dari para ulama...

Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.


Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.


Kata Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. Kata Al_Qurtubi pula sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai.

1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.

3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.


Selawat yang aku amal bertahun-tahun lamanya,ini lah selawat yang banyak melepaskan aku dari segala permasalahan, dengan berkat selawat kepada junjunganku Nabi Muhammad SAW, segala permasalahan aku dalam perubatan, dalam perniagaan dalam kehidupan sentiasa di beri pertolongan Allah...

Selawat ini selain dari nama Tafrijiyah, aku sendiri memanggilnya selawat yang melepaskan segala permasalahan, tak kira apabila kita sakit, disihir, masalah perniagaan, inginkan pelaris dan bergantung pada niat kita..

sesuai dengan kelebihan berSelawat

1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)

2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.

10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.

14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.

23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.

25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.

30. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani




8 comments:

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 9:10 AM 0 ulasan
Assalamualaikum...

dah lama syima tak update blog..nak rehat sekejap...terima kasih kepada semua yang masih lagi mengikuti blog ini...

Monday, April 09, 2012

decor simple simple..

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 7:51 PM 0 ulasan
carrot cheese kek ~oder dari wanie untuk birthday anaknya..tq wanie

Cup kek~angry bird

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 7:38 PM 0 ulasan
Oder dari wani untuk birthday anaknya..

bergambar dgn enot

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 7:33 PM 0 ulasan

                          nak oder kek mcm ni..sila hubungi syima ya..


                    dgn muka yang keletihan..sehari suntuk belajar..

Thursday, March 29, 2012

oder dari tabika perpaduan Kg berjaya, alor setar

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 8:25 PM 0 ulasan
kek carrot cheese walnut plus angry bird, bukan kek ni sj..ada lagi tiramisu cheese kek...tpi syima tak ambik gambar kek tu..2 biji kek ni sempena birthday kanak2 di tabika tu.