Followers

Sunday, July 21, 2013

kek kukus coklat mocha

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 6:13 PM
Assalamualaikum. entri hari ini 21.7.2013..ksyima cuti nak iring anak ke JT butterworth untuk balik ke gombak..anak cuti sekejap jumaat sabtu sj..kena balik hari ini..sebb esok isnin dh start kelasnya..ksyima sj buatkan kek kukus mocca..kak syima ambik resepi dari blogcitarawan..nampak macam sedap..nak try buat jugak..
 
kek kukus coklat mocha
 
 
 
tak sempat nak sejuk kak syima dah potong..jadi tak berapa nak
lawa lah kek ni..
 
kek ni mempunyai 3 lapisan..coklat, mocha dan biasa..
 
nyumm nyum,,sedapnya kek ni..nak tengok resepinya..kalau siapa yang rajin boleh cuba membuatnya..bagi yang malas..oder sj kat kak syima ya..
 
resepi kek coklat mocha
 
Bhn A
525 ml putih telur
400 gm gula pasir
1 sudu besar ovelet
1 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
 
Bhn B
250gm tpg gandum
50gm santan serbuk
 
Bhn C
100ml santan pekat kara
1 sudu teh esen vanilla/coffee
90gm mentega cair
2 sudu besar susu pekat manis
 
Bhn D
1 sudu besar coklat emulco
1/2 sudu besar mocca emulco
 
loyang 8 atau 9 inci (alas dan gris)
 
Cara buatnya :-
 
1. Bhn A : putar telur dgn speed sederhana sehingga berbuih, masuk gula, garam, ovellet, baking powder putar dgn kelajuan tinggi hingga putih dan kental
 
2. Masukkan bhn B, kaup balik hingga rata, kemudian masukkn bahan c, kaup balik hingga rata.
 
3.  Bhagikan adunan kpd 3 yg sama banyak. satu bhgian coklat, satu mocha dan satu asal.
 
4. Panaskan pengukus dahulu, tuang adunan coklat dan kukus 10 minit, tuang adunan mocha kukus 10 minit, dan akhir sekali adunan asal tutup alumunium foil dan kukus 20 minit atau hingga masak.
 
...selamat mencuba...
 
 
 
 
 
 
 
 

0 ulasan: