Followers




Sunday, December 12, 2010

Resepi Kek Buah Mak Tam..

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 3:28 PM
ni ha gambar kek buah mak tam yang aku buat.. ni pun tak berapa jadi.. patutnya dia gelap lagi..ni cerah.. Mak Saudara ku yang ku panggil Mak Tam memang pandai memasak, terutama bidang buat kek dan seangkatan dengannya lah.. yang aku tahu dari mak tam, mak tam pi belajar kat pertubuhan WI kat Taman yang Mak Tam duduk di Kulim. kalau macam tu aktif sungguh la WI kawasan tu.. yang aku tau sebab mak tam selalu bawa buah tangan berupa kek atau apa saja apabila bertandang kerumah mak aku.. Semua yang mak Tam bawak bagi aku sedap sedap belaka.. kena dengan selera aku.

Aku kalau jumpa makanan atau kek yang sedap sedap mesti aku nak tahu macam mana buatnya.. akupun nak kemahiran buat makanan tu.. Satu lagi yang selalu Mak Tam bawa sebagai buah tangan ketika bertandang kerumah Mak aku ialah kek buah. Sedap sungguh kek buah mak tam.. tak pernah ku rasa kek buah macam ni dimana mana..pandai mak tam buat.. hasil dari kelas WI kata mak tam.

sejak lama aku mintak resepi dari mak tam.. tapi bila buat tak jadi macam kek mak tam punya.. kenapa apa yang tak kena.. ku tanya mak tam pasai apa tak jadi.. keras la macam macam.. Oleh kerana terlampau sedap satu hari kebetulan aku cuti hari tu.. aku pun ajak mak aku kerumah mak tam untuk tengok sendiri macam mana mak tam buat kek tu.. resepi saja tak menjadi..nasib baik la mak tam pun setuju nak ajar mcm mana nak buatnya..memang hasilnya cantik dan sedap kek buah mak tam..disini aku nak kongsi resepi la dengan semua yang berkunjung ke blog ni.. jangan lupa salin tau lepas tu buat ye..tengok jadi ke tak..

RESEPI KEK BUAH MAK TAM

Bahan-bahanya:-
1/2 (setengah plastik) buah buahan campuran
2 cawan tepung gandum
1 ketul buttercup (buang 1/2 inci)
1 cawan gula perang
1 cawan air
1 sudu teh esen vanilla
sedikit air gula merah (ambik gula yang hitam kalau tidak kek tak cantik)
1 sudu teh baking powder
telur 4 biji (gred A)
* tepung ayak dengan baking powder

Cara buatnya :-

1. Buah campuran dicampur air, gula perang direbus sehingga air tinggal sedikit. 2. Masuk Butter, rebus lagi hingga buah kembang dan hampir kering kiranya. Biarkan sejuk dulu. 3. Pukul telor dan campur esen vanilla. 4. Campur buah buahan tadi dalam adunan telor dan esen vanilla - kacau 5. Campur tepung dalam adunan diatas sedikit demi sedikit hingga habis, kaup kaup hingga sebati 6. Bakar 160 darjah selama 45 minit atau ikut oven masing masing . Selamat mencuba.. *************************************************************************
Catatan... Salam. Mak Tam ku telah meninggal dunia pada 13.4.2011. pada usia 55 thn.. sesiapa yg mengambil resepi ini tolong hadiahkan al fatihah utk mak tam ku ya..

******
catatan 18.10.2011...setelah 6 bulan pemergian mak tam...pak tam dok sorang sorang kat rumah...anak nya lelaki 3orang , 2 dah kawin..cuma yg bongsu masih blajar di ipt...aduh susahnya..kesian paktam,,, tugas mak aku sekarang..carikan calon untuk pak tam..pak tam nak cari yang tak bekerja..susahnya nak cari..puas mak aku sebagai kakaknya tengok disana..tengok di sini..x jumpa jumpa lagi...ada sapa sapa ada calon x...

1 ulasan:

SyimahomemadeCakes on August 13, 2013 at 3:49 PM said...

*** sila tambah 1 sudu teh soda bikarbonat untuk resepi ni..ksyima dah buat banyak kali..tpi masih x menjadi..rupanya soda tak ada mcm mana kek buah tu nak jadi elok..