Followers

Saturday, March 30, 2013

siakap steam cara kak syima

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 6:02 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Salam..entri hari ini 30.3.2013..kita kongsi resepi siakap kukus atau steam yang simple dan senang nak buat..ikan steam ni sedap dicicah dengan sambal kicap. anak anak pasti suka..makan nasik bertambah tambah 2, 3 pinggan sebab sedap..tak payah nak menumis dengan minyak dan berlemak..cara masak ni memang sihat..
 
ikan siakap steam
 
 
 
Resepi ikan siakap steam
 
 
 Bahan-bahannya :-
 
1 ekor ikan siakap
1 batang serai (ketuk)
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (potong nipis)
1 biji limau nipis (perah ambil airnya)
cili merah (potong)/jika suka
air 1 cawan
garam
daun saderi / daun bawang
 
cara buatnya:-
 
1.  Masuk ikan dalam bekas yang boleh dikukus sapu sedikit garam di ikan
2.  masukkan air dan semua bahan
3.  Panaskan kukusan...dan kukus selama 20 minit- angkat
4.  Tabur daun saderi dan daun bawang sbg hiasan
 
 
sambal kicap ...sedap
 
 
bahan bahan utk sambal kicap
 
kicap manis
1 ulas bawang putih
5 ulas cili padi (yg hijau)
1 biji limau nipis(ambil airnya)
sedikit garam
 
cara buat :-
 
tumbuk cili dah hancur masuk bawang putih, tumbuk lagi hingga hancur masuk garam. bila semua dah hancur masukkan dalam bekas dan tuang kicap manis, air limau nipis dan kacau sebati ...dah sedia untuk di makan..
 
sedap tau..cubalah ikan steam dengan kicap ni....
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Friday, March 29, 2013

Kueh pau panas...

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 12:56 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Assalamualaikum..pagi tadi..29.3.2013..hari jumaat yang barakah kak syima buat kueh pau..jeles la tengok semua kawan kawan bloger dok buat kueh pau..nak cuba jugak..jgn tak tau ni cubaan pertama ksyima tau..tak pernah buat sebelum ni..tpi rupanya senang sj buat kueh pau ni..kak syima ambik resepi ni dari 1 blog..rizanie kalau tak silap..maaf tuan blog kalau nama tak betul,.dah lupa..
 
masa mencari resepi  tu..jumpa macam macam resepi pau..ada yang bubuh baking powder..kak syima tak brapa suka resepi yang letak baking powder..dah tak original dah kan..macam buat kek la pulak..
 
ingat tak resepi kue pau kampung kampung dulu mana ada bubuh baking powder..
 
ok kak syima mula buat kueh pau jam 7.00 pagi..nnti kaksyima bubuh resepi kat bawah ya..kita tengok gambar dulu..
Asalnya nak buat inti kacang hijau macam dulu dulu punya style..tpi dok ralit hingga terhangit pulak rebus kacang tu..jadi ksyima terpaksa pi kedai beli sekaya segera untuk buat intinya..
 
ni adunan tepung yang telah di uli...
 
 
 
kue pau..model 3 sekawan
 
 
 
 
tengah kukus
 
 
 
 
kue pau inti sekaya
 
 
Resepi pau
 
500 gm tepung gandum
11/2 sudu teh yis
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan shortening(atau minyak masak/jagong)
11/4 cawan air suam
 
Inti
 
4 gengam kacang hijau (resepi asal 2 gengam sj..sikit sangat..tepung tu banyak)
 
8 sudu gula pasir ( tak nak manis kurangkan ya)
6 sudu kelapa parut
secubit garam
 
Cara buat inti :-
 
Rebus kacang dan gula hingga empuk masuk kelapa masak hingga air kering. sejukkan.
 
 
Cara buat doh :-
 
1. Larutkan gula dgn air suam
2. Dlm mangkuk lain - satukan tepung, yis, shortening, tuangkan air gula sedikit demi sedikit menjadi doh yg lembut
3. Bahagikan doh menjadi bebola kecil (resepi asal dapat 15)..kak syima dpt 20 biji..letak atas dulang yang ditabur tepung..biar 10 minit
4. Leperkan doh dan masukkan inti
5. Lapik kertas minyak atau daun pisang
6. Perap 40 minit
7. Panas kukusan dan kukus selama 10 minit.
 
Selamat mencuba..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Thursday, March 28, 2013

Puding kastard

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 8:20 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Salam.. petang ni 28.3.2013..kak syima buat puding kastad..yang paling mudah di sediakan...

 
 
 
 

 
Puding kastad
 
Puding kastad kak syima rasanya tak berapa menjadi..sebab sj gatal gatal tangan masukkan 2 sudu tepung jagung..nak buat eksperimen apa nak jadi dan macam mana rupanya..rupanya dia tak berapa berkilat ..kalau kita hanya masukkan tepung kastad dia akan berkilat..gambar di atas kak syima ambil sebelum puding tu beku sepenuhnya..anak anak dah nak makan..jadi potong terus..tak sempat keras dan tak sempat letak dalam peti sejuk..selalunya kak syima buat puding puding ni jenis main agak agak sja bahannya..tapi hari tu ada lala tanya resepi puding susu..jadi kali ini kaksyima terpaksa sukat..harap ok la..agak kekok jugak nak sukat..sebab selalu bahannya main taruh sj..ok siapa yang nak resepinya..dibawah ni ya..
 
 
Bahan bahannya :-
 
2 cawan tepung kastad
1 cawan gula ( tak nak manis kurangkan)
1 tin susu cair
3 cawan air.
 
Cara buatnya :-
 
larutkan kastad dalam air, masukkan susu cair dan gula..kacau dulu hingga sebati dan tak ada tepung yang berketul..letak atas api sederhana kacau hingga agak pekat seperti gambar diatas..tuangkan dalam bekas, ratakan.. siapa yang suka boleh tambah jagung cream dalam adunan kastad tu.. Selamat mencuba..
 
 
 

Wednesday, March 27, 2013

Carrot walnut cheese

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 8:24 AM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Salam..semalam,,,26.3.2013 kak syima buat kek carrot walnut cheese ..dah lama tak membaking..tengah buat kek..baru sedar soda bikarbonat dah tak ada..tinggal adunan telur dan gula yang dipukul pegi kekedai..balik balik tengok adunan yg sepatut cair..dh jadi agak pekat sikit..aduh duh duh..apa2 dh jadi dengan kek ku ini...apa pun mai kita tengok gambar kek ni..
 
 
 
 
 
 
carrot cheese walnut
 
 untuk tempahan 0195177937..kek ni sedap walaupun masuk carrot ..tpi tak ada rasa carrot langsung..memang sedap..carrot tu dh jadi blend dengan adunan tepung tu..bestt sangat2 ..dalam dia ksyima letak walnut yang dicincing..harga kalau saiz  8 inci seperti gambar di atas.. 2kg ..RM 60.00 tapi kalau bekas mcam di bawah ni hanya.. RM 19.00 sj..sedap tau cubalah..
 
 
 
 
 

Saturday, March 23, 2013

Nikmati nasi mendy..

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 6:30 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Assalamualaikum..anda pernah tak makan nasik mendey atau senang cakap nasik arab..ksyima ngan famili selalu pi makan kat satu restoran arab di sungai petani..dekat dengan kedai bahan kek sayang tu..sedap betul nasik arab dari restoran ni .. mula mula dulu ksyima tak makan maklumla daging kambing..hangat kan..takut darah naik..sedangkan Nabi Muhammmad S.A.W sukan makan kambing kan..dulu dulu tak  berani tengok saja suami dan anak anak makan..
 nasik mendy
 
daging kambing yang dimasak sangat lah lembut dan sedap..dan daging tu kena cicah dgn air asam yg disediakan..uhhhh sedapnya..teringin pula nak pegi lagi..
 
 
suami ksyima suka makan dengan barbican ni atau bersama kopi pekat atau pun teh..barbican  ni sangatlah masam rasanya....memang la best nasik arab kat restoran ni sebab kambing tu tak berbau langsung..
 

puding susu untuk minum petang hari ni..

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 4:44 PM 1 ulasan Pautan pada catatan ini
Assalamualaikum..hari ni nak minum petang nak buat apa ya..fikir punya fikir nak sediakan  yang paling simple utk minum petang hari ni..puding susu..jom kita tengok gambarnya..nak bagi resepi pun ksyima pakai taruh2 sj..antara bahannya..agar agar, susu cair, gula, sedikit tepung kastad dan tepung jagung...


                                                   Puding susu..



                                            sedia untuk dinikmati...
(agak tebal ksyima potong..)

Thursday, March 21, 2013

kisah sebuah sungai...

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 10:33 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Salam..catatan kedua kak syima malam ni 21.3.2013..nak crita nasib sebuah sungai..mula mula ksyima bertugas di kedah..ksyima ingatkan ia sebuah parit besar..yang mengalir tengah pekan Alor Setar..tpi baru dapat tahu ia adalah sebuah sungai..dan namanya adalah "sungai Raja"..kesian sungai ni..apadah jadi..airnya hitam pekat..betul betul kak syima terkejut..apabila dapat tahu ia adalah sebuah sungai..tiap taip hari kak syima lalu di tepi sungai ni untuk pi makan tengahhri..sambil merenung dalam dalam ke dalam air sungai..kot kot nampak ikan berenang  manja..tpi air nya yang kelam menyukarkan pandangan ku...tak tahulah ada hidupan ka tak dalam air hitam pekat tu..

sambil berjalan ditepi sungai tu..ksyima terpikir..satu masa dulu sungai ni mesti indah kan..macam sungai sungai yang lain..ada pokok pokok buluh ditepinya..ada tebing..dengan airnya yang jernih mengalir deras..mungkin dulu macam tu..tak tahu siapa yang boleh ceritakan keadaan asal sungai ni..mungkin puluh puluh tahun yang lalu..
tapi sekarang di sebabkan...apa ya..pembangunan? tak tahulah sebab apa sungai ni dah jadi begini rupa..dan bila dilihat..banyak betul parit parit kecil atau saluran sisa buangan kantin atau kedai yang mengalir laju masuk kedalam sungai ni..
 
 
 
 
 
 
 
 
berbagai langkah di buat oleh pihak JPS termasuk menyediakan  maklumat mengenai cintai sungai di tepi sungai Raja..
 
 
cintailah sungai kita..jangan cemari khazanah kejadian Allah ini..
 
 maaf kalau gambaq kurang memuaskan..gambar di ambil menggunakan kamera hp sj..
 
 

Catatan ketika free

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 10:07 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Assalamualaikum..hari ini 21.3.2013 semua anak anak dah balik bercuti dari asrama..cuti sekolah selama seminggu..fikir fikir apa menu makan pagi dan tengah hari nak jamu anak ya..emmm

 
sementara tu kita tengok dulu kek red velvet yg kak syima buat ya..1 bekas ni kak syima jual 6.00 shj,, siapa nak oder boleh ya sila sila oiii jgan malu..call atau sms kak syima ya..


dalam pada tu ..lepas sesi fotografi sempat menikmati kek red velvet air tangan ku dengan teh o panas..uuuuuh sedapnya kek ni (puji diri sendiri la pula..)..kalau mak mertua lalu pun x nampak..maklumla mak mertua lalu kot belakang..

Monday, March 18, 2013

Rindu nak buat kek..

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 10:19 AM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Assalamualaikum..hai sejak semalam..rindu nak makan kek n buat kek..dah lama tak bakar kek..teringin dan terliur sangat2 nak makan kek yang sedap dan lembap...tunggu gambar kek dari kak syima ya..

Friday, March 15, 2013

tiada masa..

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 5:40 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Assalamualaikum.. pagi tadi ksyima hadir taklimat pilihanraya..kena bukak bilik gerakan pilihanraya ni..jadi pegawai ibupejabat turun utk bagi taklimat tu..petang baru sampai rumah dari anak bukit alor setar.. dan lama tak update blog ni..kek pun dah tak sempat buat..ada tempahan dari yan, hasliza dan lain2 yg kak syima tak buat lagi..maaf ya..bila agak agaknya nak mula baking balik ni..harap harap mood datang balik..
hari ni sj nak cerita kisah ksyima kena p kursus di negeri sembilan baru baru ni ..kursus juga mengenai urusan bukak bilik gerakan pilihanraya di pejabat..sj rakam rakam gambar pramugari air asia ni..rasanya bila dengar namanya tu..berketurunan india..(bukan tujuan nak letakkan gambar tak menutup aurat ya..)


....kebesaran Allah jadikan awan langit yang tergantung..



jualan berupa gula gula di KLIA..