Followers




Saturday, October 29, 2011

Pai cheese buah peach

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 4:46 PM 0 ulasan
gambar pie yg dipotong.. kaya dengan cheese..sedap..nyum nyum..



saiz 6 inci..RM 45.00 ~nak oder - 0195177937~




Thursday, October 27, 2011

Anda nak oder tart..

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 7:32 PM 0 ulasan
bluebery cheese tart ..RM 1.30 1 pcs (minima oder 30 pcs)



Pai keju peach..RM 45.00 saiz 6 inci.



tart telur..1 pcs RM 1.00(minima oder 30 pcs)




Tart kelapa..RM 1.00 1pcs (minima oder 30 pcs.)





tart buah buah, 1 biji RM 1.50. (minima oder 30 pcs)
...harga bergantung jenis buah







Chocolate cheese tart RM 1.20 1 Pcs (minima oder 30 pcs)








Tart coklat berkerim.. RM 1.20 sebiji (minima oder 30 biji)



Wednesday, October 26, 2011

~ apom balik ~

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 12:08 PM 0 ulasan
pagi ni rajin sikit, tak keja..cuti depavali ..pi kedapur intai intai, tengok bahan semua ada..buat la beberapa keping apom balik..

Saturday, October 22, 2011

~kek kawin soft fondant ..~

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 6:53 PM 0 ulasan






kek kawin soft fondant 3 tingkat RM 250.00











sapa sapa nak tempah kek kawin bertingkat soft fondant yang halus mulus mcm ni..amat sesuai la kalau buat kek kawin..tpi kek tu boleh request nak kek apa ya,, kek coklat ka, kek buah ka, kek butter ka.. sila tel syima..0195177937

Friday, October 21, 2011

bengkang roti..

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 10:31 PM 0 ulasan

bengkang roti belah utara atau bingka belah selatan.. ni syima buat pakai main taruh taruh aja..tengok roti gardenia ada lagi, santan kotak kara ada, buah buah campuran ada, telur, pakai main taruh semua, masuk butter sikit (1 camca), gula, garam...loyang tu sapu la dulu dgn butter ka atau marjerin ka..kemudian bakar sampai masak..sedap jugak..tengok dlm peti ais ada buah peach..makan dengan buah peach..huhhh terangkat..

Tuesday, October 18, 2011

Resepi kek karamel..

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 12:00 PM 0 ulasan
hari ni syima nak kongsi pula resepi kek karamel.. syima tak pernah cuba lagi..tapi kek ni memang menggoda dan pastilah rasanya pun sedap. tengok ramai kawan kawan baker lain yang buat..memang cantik dan mengancam betul..nak buat jugak ni..dibawah ni syima kongsi kan resepinya..kek ni mesti sedap..atasnya ada gula hangus dan lapisan karamel dibawahnya ada adunan kek yang beranika warna mcm pelangi..mesti sedap kan..syima tulis dulu resepinya..kalau dah buat nanti akan ditepekkan gambarnya ya..

saiz loyang 7 x 7


Resepi kek karamel

(A) bahagian gula hangus
2 sudu besar gula buat gula hangus
Cara- masuk gula dalam loyang n masak atas api perlahan hingga gula hancur/bertukar perang..biarkan sejuk.

(B) Bahagian atas ..karamel
1/2 tin susu cari FN
70 gm gula caster
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

(C) Lapisan kek
140gm tepong gandun
70gm gula castor
3 biji kuning telur
135 mll air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml mnyak masak (jagung)

(D) cara buat meringue
6 biji putih telur
70gm gula castor
1 sudu teh krim of tar tar

cara buatnya :-

1. Kacau bahan B perlahan lahan, jgn sampai berbuih nanti x jadi
2. masuk adunan B dlm loyang gula hangus tadi
3. Pukul bahan C
4. Pukul bahan D hingga kembang
5. Campur bahan C dan D, gaul dengan senduk hingga sebati
7. Bahagikan adunan ikut warna yg disukai
8. Masuk dalam loyang
9. Bakar secara doubel boiled
1 jam - 160 darjah celcius atau mengikut oven masing masing.
10. bila masak angkat rest selama 10 minit, baru terbalikkan
11. Baru dimasukkan dalam peti sejuk selama 1 hingga 2 jam...makan sejuk..sedap..

selamat mencuba..

Resepi Apom @ apam tepung beras..

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 11:41 AM 0 ulasan
hari ni syima nak kongsi resepi apam tepung beras. teringat kenangan dulu dulu masa kecik, apom ni banyak di jual kat kedai makan, apom eno sedap, depa buat style kampung. belah utara panggil apom... godek punya godek kat blog kawan kawan dapat la resepi ni..jom kita buat mudah sj..


APOM TEPUNG BERAS

Bahan-bahannya:-

2 1/4 Cawan tepung beras
3/4 cawan gula
2 cawan air
1 cawan nasik sejuk
1 paket eno
1 1/2 keping ragi

Cara buat:-

letak ragi dalam tapis kecil, ayak/hancurkan, tabur atas nasi. Gaul rata dan letak dalam bekas bertutup dan simpan selama 24 jam (buat tapai), kalau nak sedap simpan selama 3 hari pun boleh...lepas tu campur nasik dengan gula, tepung beras dan air hingga sebati, biar selama 6 jam, masuk eno dan kacau sebentar, bubuh pewarna jika suka, panas pengukus, letak acuan yang telah di lengserkan, panaskan acuan/air selama 2 ke 3 minit, tuang adunan apom hingga 3/4 penuh, tutup pengukus, biar hingga apom masak @ hingga apom kembang. sedap dimakan dengan kelapa.. cubalah..mesti sedap..nanti kalau dah buat bagi respon ya..
selamat mencuba..


sumber dari Pn Norzailina Nordin.

Sunday, October 16, 2011

Pandan Layer kek..nak oder 0195177937

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 8:34 PM 0 ulasan



pandan layer kek

Saturday, October 15, 2011

marble choc kek...yg sedap nak oder 0195177937

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 9:31 PM 0 ulasan
...belum masuk oven...telah siap di marbel







ni rupanya...yg simple sj coraknya..x lorek pun..




RM 45.00






Tuesday, October 11, 2011

kelas slice kek.

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 8:43 PM 0 ulasan
kelas berakhir pada pukul 1.00 ptg..akhirnya dapat la 36 slice kek kiwi yang cantik dan sedap ni..

ni ha gambar student ku kali ini yang terdiri daripada ahli rukun tetangga dan jiran wanita RT






ada student yang nak mencuba..














cikgu tengah action...



Pada 8 hb Oktober yang lalu, demi memenuhi permintaan seorang kawan saya telah pergi ke pendang kedah untuk mengajar cara buat kek slice. Sudah lama asyik tertunda tunda jadi saya batalkan program lain demi memenuhi permintaan Pengerusi kawasan Rukun Tetangga Padang Pusing, Pendang, Kedah.

saya bertolak dari rumah pada pukul 8.00 pagi, untuk cepat sampai ke pendang saya mengambil highway dari bertam dan keluar melalui tol Pendang. Alhamdulillah jam 9.30pg saya sampai. Sedia menyambut saya ialah kak Dah, pengerusi RT Padang Pusing dan ajk jiran wanitanya. Sebelum kelas dimulakan..saya di jamu dulu dengan bihun goreng dan air teh.

Monday, October 10, 2011

Red velvet ~oder dari cikgu jariah..

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 8:05 PM 0 ulasan




kek ni di oder oleh jariah untuk birthday husbndnya yg ke 47. Tq cgu jariah.

Tuesday, October 04, 2011

~ kek choc ganache bersama buah strawbery segar ~ oder

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 8:35 AM 0 ulasan
RM 70.00

Sunday, October 02, 2011

~ steam buttercream ~

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 8:09 PM 0 ulasan



Saturday, October 01, 2011

~ si baldu merah/red velvet~

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 9:46 PM 0 ulasan
RM 85.00 ~ kek ni di oder oleh if..tq if.

kek kawin/bertunang..

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 6:42 PM 0 ulasan












sesiapa yang berminat nak oder kek hiasan seperti diatas..sila kontek kak syima ya..0195177937.