Followers




Saturday, September 15, 2012

Catatan ketika keletihan..

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 3:16 PM 0 ulasan

Assalamualaikum..apa nak tulis entri kali ini ya..15/9/2012..syima baru balik dari kenduri bacaan yasin doa selamat mak dan adik nak menunaikan haji. Penat dan letih ni..tapi kalau tak tulis tak ada pula benda baru dalam blog ni..kenduri doa selamat tersebut dibuat di Rantau Panjang Kedah. Dirumah Paklang syima yg juga nak ke mekah.,,jadi fikir2 apa nak bawak ya..semalam syima cuba buat pandan layer menggunakan resepi yg agak berbeza dari resepi yg syima selalu buat sebelum ini..Alhamdulillah cubaan menjadi..pukul 2.30 pagi tadi masih tak tidur dok buat kek ni,,

Resepi yg selalu syima buat sebelum ini menggunakan tepung jagung dan tepung Hong kwe,,kali ini syima buat menggunakan agar agar dan tepung hong kwe..harap harap sedap la kek ni..kek ni sepenuhnya menggunakan daun pandan dan warna hijau pandan ..syima tak masukkan perasa pandan dan pewarna hijau, hanya terdapat sedikit kesan hijau  dari tepung hong kwe tu sj..dan selebihnya adalah hijau pandan..sungguh harum bau pandan sbb syima gunakan seperdu daun pandan yg syima beli dari kedai runcit..dan blend daun pandan tersebut untuk mengambil airnya.

Harap harap sedap la kek ni..ni percubaan pertama syima..akhirnya syima doakan mak, adik lelaki ,paklang dan maklang syima selamat menunaikan haji dan diberikan haji yang mabrur..amin.

Sunday, September 09, 2012

kek coklat moist utk d bawa ke pusat tahfiz al balaghul Mubin

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 1:52 PM 0 ulasan



Assalamualaikum.. apa habaq semua. terima kasih krn sudi baca entri kak syima. kali ni kak syima tunjukkan gambar kek coklat moist yg kak syima buat untuk bawa ke tempat anak belajar di Kelantan.. selepas Raya baru ni kak syima hntar anak lelaki yg belajar di balaghul Mubin pusat tahfiz di rong Chenok Tanah Merah..dari Peneng kak syima bawa kek ni..tujuan nak jamu pelajar tahfiz kawan2 anak di sana..moga di beri keberkatan oleh Allah jamu org yg sedang belajar hafal al quran. kak syima buat decor simple sj..susah juga sbb perjalanan jauh..semua tak kena mula2 letak dalam bonet kereta lepas tu kak syima riba kek tu..jenuh juga nak meriba kek ni..takut juga buah tu lasu..tak fresh lagi..bila sampai ke pusat tahfiz tu..anak kak syima terkejut..dia tanya kek ni untuk kawan2 dia ka bila dia tengok kak syima dok potong slice kek tu, bila kak syima minta dia bawak pd kawan2 dia..emm dekat koridor tu juga kak syima tengok dia org dah bukak dan berebut dan agihkan kek tu..Alhamdulillah..doa kak syima semoga Allah permudahkan kalian semua menghafal al Quran.. Amin.

Friday, September 07, 2012

Majlis Tazkirah Pagi Jumaat MRSM 7/9/2012

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 10:32 AM 0 ulasan

Assalamualaikum. Hari ni jumaat. kak syima cuti..bestnya..dapatla ber fb dan masuk kan cerita dlm blog ni. Sebenarnya dah lama suami kak syima mintak buatkan kek tiramisu ni untuk dibawa ke tempat kerja nya..tapi dek kerana kemalasan dan sibok dengan kerja... baru la hari ni kek tu dapat dibawa ke tempat kerja suami kak syima. Tu pun semalam suami kak syima yg bantu buatkan..kak syima cuma guide dia sj mcm mana nak buat.

Tuesday, September 04, 2012

kenangan raya 2012

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 7:27 PM 0 ulasan

..."Ya Allah sinarilah hati anak anak ku dengan cahaya hidayah Engkau sepertimana Engkau menyinari bumi ini dengan cahaya matahari selama lamanya dengan rahmatMu, wahai Tuhan Yang Amat Menyanyangi"...

~oder dari Sal~

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 7:08 PM 0 ulasan
kek coklat moist
 
 

kek coklat moist ni sungguh sedap.. kak syima buatkan 2 lapis dan tengahnya kak syima bubuh filling strawberi, sal minta buatkan kek 4 segi moist coklat untuk hantaran pertunangan anaknya. walaupun kalut kak syima buat jugak demi tak mahu hampakan permintaan sal..hari yang sama kak syima nak kelantan untuk hantar anak belajar di sana..jadi memang la terkejar kesana dan kemari demi nak siapkan kek ni..