Followers

Saturday, September 15, 2012

Catatan ketika keletihan..

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 3:16 PM

Assalamualaikum..apa nak tulis entri kali ini ya..15/9/2012..syima baru balik dari kenduri bacaan yasin doa selamat mak dan adik nak menunaikan haji. Penat dan letih ni..tapi kalau tak tulis tak ada pula benda baru dalam blog ni..kenduri doa selamat tersebut dibuat di Rantau Panjang Kedah. Dirumah Paklang syima yg juga nak ke mekah.,,jadi fikir2 apa nak bawak ya..semalam syima cuba buat pandan layer menggunakan resepi yg agak berbeza dari resepi yg syima selalu buat sebelum ini..Alhamdulillah cubaan menjadi..pukul 2.30 pagi tadi masih tak tidur dok buat kek ni,,

Resepi yg selalu syima buat sebelum ini menggunakan tepung jagung dan tepung Hong kwe,,kali ini syima buat menggunakan agar agar dan tepung hong kwe..harap harap sedap la kek ni..kek ni sepenuhnya menggunakan daun pandan dan warna hijau pandan ..syima tak masukkan perasa pandan dan pewarna hijau, hanya terdapat sedikit kesan hijau  dari tepung hong kwe tu sj..dan selebihnya adalah hijau pandan..sungguh harum bau pandan sbb syima gunakan seperdu daun pandan yg syima beli dari kedai runcit..dan blend daun pandan tersebut untuk mengambil airnya.

Harap harap sedap la kek ni..ni percubaan pertama syima..akhirnya syima doakan mak, adik lelaki ,paklang dan maklang syima selamat menunaikan haji dan diberikan haji yang mabrur..amin.

0 ulasan: