Followers

Saturday, October 06, 2012

Muffin pisang coklat kukus

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 2:55 PM
Salam. entri apa nak tulis hari ini ya..kak syima cerita pasal muffin pisang lah ya..kemarin 5.10.2012..kak syima ada cuba resepi baru muffin pisang kukus. tengok gambar dalam resepinya macam sedap sj..cuba buat tengok nak rasa sedap ka tak..nanti kak syima kongsi resepinya ya..


 
kak syima buat lah 1 adunan untuk di bawa ke rumah kak syima untuk makan makan sbb mak kak syima nak turun menunaikan haji pada
6.10.2012
 
 
Muffin pisang coklat..
kalau nak oder 0195177937
 
Jom kita kongsikan resepinya...
 
 Bahan A
 
2 cawan tepung gandum
2sudu makan serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
garam secukup rasa
 
 
Bahan B
 
1 cawan pisang emas (sudah di lecek)
1 cawan minyak masak
1 cawan gula Perang
2 biji telur (dipukul sedikit dengan garpu)
 
 
Cara membuatnya :-
 
1. Ayakkan bahan A kedalam mangkuk
2.  Kemudian masukkan bahan B dan kacau rata
3.  Masukkan kedalam acuan kecil
4. kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
 
selamat mencuba..
 
 
 
** ihsan..Chef hanieliza


0 ulasan: