Followers

Tuesday, October 18, 2011

Resepi kek karamel..

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 12:00 PM
hari ni syima nak kongsi pula resepi kek karamel.. syima tak pernah cuba lagi..tapi kek ni memang menggoda dan pastilah rasanya pun sedap. tengok ramai kawan kawan baker lain yang buat..memang cantik dan mengancam betul..nak buat jugak ni..dibawah ni syima kongsi kan resepinya..kek ni mesti sedap..atasnya ada gula hangus dan lapisan karamel dibawahnya ada adunan kek yang beranika warna mcm pelangi..mesti sedap kan..syima tulis dulu resepinya..kalau dah buat nanti akan ditepekkan gambarnya ya..

saiz loyang 7 x 7


Resepi kek karamel

(A) bahagian gula hangus
2 sudu besar gula buat gula hangus
Cara- masuk gula dalam loyang n masak atas api perlahan hingga gula hancur/bertukar perang..biarkan sejuk.

(B) Bahagian atas ..karamel
1/2 tin susu cari FN
70 gm gula caster
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

(C) Lapisan kek
140gm tepong gandun
70gm gula castor
3 biji kuning telur
135 mll air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml mnyak masak (jagung)

(D) cara buat meringue
6 biji putih telur
70gm gula castor
1 sudu teh krim of tar tar

cara buatnya :-

1. Kacau bahan B perlahan lahan, jgn sampai berbuih nanti x jadi
2. masuk adunan B dlm loyang gula hangus tadi
3. Pukul bahan C
4. Pukul bahan D hingga kembang
5. Campur bahan C dan D, gaul dengan senduk hingga sebati
7. Bahagikan adunan ikut warna yg disukai
8. Masuk dalam loyang
9. Bakar secara doubel boiled
1 jam - 160 darjah celcius atau mengikut oven masing masing.
10. bila masak angkat rest selama 10 minit, baru terbalikkan
11. Baru dimasukkan dalam peti sejuk selama 1 hingga 2 jam...makan sejuk..sedap..

selamat mencuba..

0 ulasan: