Followers

Tuesday, October 18, 2011

Resepi Apom @ apam tepung beras..

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 11:41 AM
hari ni syima nak kongsi resepi apam tepung beras. teringat kenangan dulu dulu masa kecik, apom ni banyak di jual kat kedai makan, apom eno sedap, depa buat style kampung. belah utara panggil apom... godek punya godek kat blog kawan kawan dapat la resepi ni..jom kita buat mudah sj..


APOM TEPUNG BERAS

Bahan-bahannya:-

2 1/4 Cawan tepung beras
3/4 cawan gula
2 cawan air
1 cawan nasik sejuk
1 paket eno
1 1/2 keping ragi

Cara buat:-

letak ragi dalam tapis kecil, ayak/hancurkan, tabur atas nasi. Gaul rata dan letak dalam bekas bertutup dan simpan selama 24 jam (buat tapai), kalau nak sedap simpan selama 3 hari pun boleh...lepas tu campur nasik dengan gula, tepung beras dan air hingga sebati, biar selama 6 jam, masuk eno dan kacau sebentar, bubuh pewarna jika suka, panas pengukus, letak acuan yang telah di lengserkan, panaskan acuan/air selama 2 ke 3 minit, tuang adunan apom hingga 3/4 penuh, tutup pengukus, biar hingga apom masak @ hingga apom kembang. sedap dimakan dengan kelapa.. cubalah..mesti sedap..nanti kalau dah buat bagi respon ya..
selamat mencuba..


sumber dari Pn Norzailina Nordin.

0 ulasan: