Followers

Sunday, September 07, 2014

kek sponge..freshcream.. edible with bluebery

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 4:44 PM
Assalamualaikum..
lamanya tak update blog..penyakit malas dah tiba sekarang..memang malas sungguh sungguh bukan main2..
baru ni kak syima ada dapat tempahan ..kastemer nak kek sponge di sapu dengan fresh cream..
kastemer nak letak edible..
inilah hasil yang kak syima buat,,nampak kecik ..gambar jauh ni..tpi kek ni besar,,2 adunan lagi..berat..

 
 
ditengah kek ni kak syima bahagikan 3 layer dan sapukan freshcream dan filling bluebery..tentulah sedap..rasa lemak, masam masam manis kan..
 
nak tahu apa kata kastemer..kak syima tempek kat sini ya,,
 


 
..ni respon dri kastemer..
apalagi kita yang buat kek lagi suka dan gembira sangat2 lah kalau org dh kata kek kita sedap kan..
ramai yang dok mintak resepi kek sponge..wpun sebelum ni dah kak syima bgi..tpi resepi ni paling jadi
dibawah ni kak syima letak resepi kek sponge..yang kak syima belajar dari chef noraini di pucong masa tu..mgkn tahun 2010..masa mula mula kak syima start baking..minta izin chef ya untuk bagi orang semua resepi ni..
 
harap rezeki kita bertambah tambah lepas ni..
 
 
Resepi kek sponge
 
Bahan bahan
 
125 gm tepung kek
15 gm ovelet
125 gm gula kaster
5 biji telur (A)
40 gm air
70 gm mentega cair atau minyak
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
 
Cara membuatnya
 
1. satukan gula, ovelet, tepung, serbuk penaik dan tepung dalam mangkuk adunan.pukul hingga gebu dan pekat selama 5 minit dengan kelajuan tinggi
2.perlahankan kelajuan..masukkan air dan esen vanilla..pukul lagi hingga gebu
3.tuang minyak atau mentega cair dan gaul dgn senduk hingga sebati atau guna speed rendah.
4. sediakan tin pembakar 8 inci..gris dengan mentega dan lapik kertas serap minyak.,.tuang adunan dan bakar selama 45 minit dengan suhu 45 darjah atau hingga masak..
 
selamat mencuba..
 
 
 
 

 

0 ulasan: