Followers

Saturday, January 01, 2011

Terserempak dengan Barbie..

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 11:20 AM





barbie.. lawa..


bergambar dengan anak teruna.. tak sempat nak posing pulak dia..


ni liuk lentok penari barbie..

ni ha barbienya.. suara dia sebijik macam barbie kat TV tu.. pandai dia berlakon


ni pelakon tambahan la kiranya..tapi semuanya cara cakap mcm kanak kanak la..



Barbie mendongak ke atas.. berapa tingkat tempat shoping kat Queensbaymall tu.. penuh dengan orang.. aku dan anak anak dok kat tingkat atas.. sempatla snap 2,3 keping gambar sebelum p sembagyang magrib..

Hidup adalah cerita.. sebab itulah aku suka berblog. Dalam perjalanan yang panjang ni.. ada banyak cerita yang boleh kita kongsikan.. selain buat kek untuk menulis sesuatu dalam blog ni.. aku fikir pelbagaikanlah .. cerita hidup pun boleh kan..
Malam tahun baru aku di Quensbaymall, Pulau Pinang.. punya lah ramai orang nak sambut tahun baru.. tak rancang sebenarnya nak pi ke situ.. cuma nak cari pencuci muka.. yang hanya ada jual kat situ.. maklumla di usia usia macam ni.. kena jaga juga kulit muka dan sebagainya..
Mujurlah anak sulung yang perempuan tu balik bercuti belajar dan sudi nak drive.. kalau tidak memang tak pi la. Kat situ terserempak la pulak dengan group minah salleh yang tengah buat persembahan barbie.. tak boleh nak tengok lama lama sebab magrib dah masuk.. punya la ramai orang yang ada kat situ termasuk la geng pak arab yang ramai sungguh di Pulau Pinang la ni..depa pun tunggu jugak.

Lakonan persembahan tu memang la syok tapi pakaian depa tu tak tahan..lepas tu suara pulak ala manja manja gitu.. buat style kanak kanak la. Lepas beli barang yang aku cari.. snap 3,4 keping gambar untuk masuk dalam blog ni..p sembahyang magrib.. kami semua terus balik.. alhamdulillah atas jambatan tak la pulak jem walaupun nak sambut tahun baru..aku terlelap dalam perjalanan balik.. sedar sedar anak dah kejutkan untuk masuk rumah..

0 ulasan: