Followers




Wednesday, January 19, 2011

Cara Buat Kek Span.

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 9:52 PM 5 ulasan
Telur,gula,ovelet dipukul hingga gebu dan kembang.


Pukul hingga kembang..

pukul lagi..




masukkan tepung dan pukul lagi



masukkan perasa apa yang kita suka, coffe, Vanilla atau apa saja..dan sambung
pukul



akhirnya masuk minyak jagung..




adunan yang dah siap..pekat dan kental
..rupanya macam ni..




kek span yang siap dimasak..baru keluar dari oven sedang diterbalikkan sekejap..






Assalamuaikum. dah 2, 3 hari saya tak menulis di blog..kali kita kongsi pula cara nak buat kek Span. Kek span ni banyak gunanya..

















Sunday, January 16, 2011

Mudah je buat kek..ni ha rujukannya..

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 3:28 PM 2 ulasan
buat kek fondant...

hiasan kek..




nak buat kek ..senang je...


nak belajar hiasan fondant.. ni bukunya


kalau nak buat hidangan berkeju..ni ha bukunya..


panduan buat kek cawan..




Assalamualaikum.. dah 2,3 hari saya tak menulis.. sibok sangat. Tercari cari apa maklumat yang kita boleh kongsi bersama..kalau kita buat apa pun mesti kena ada sumber rujukan kan. disini saya masukkan gambar buku buku masakan yang jadi sumber rujukan saya.. secara tak langsung ia juga promosi kepada tuan tuan penulis buku itu..

Tuesday, January 11, 2011

kematian akibat didera..

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 9:58 AM 1 ulasan
Hari ni.. tak sanggup aku nak baca surat khabar.. berita depan dan ada gambar sekali.. kanak kanak mati di dera..apalah dosa kanak kanak tu.. geram betul..aku tak sanggup nak tengok.. hanya baca tajuk tu.. dan kulipat balik surat khabar tu balik.. biar aku tak baca langsung surat khabar hari ni pun tak pa.. sedih.. tak sanggup.. dengar kawan baca sikit.. katanya mak tiri dia yang dera hingga mati.. aku doakan mak tiri dia dapat balasan yang setimpal.. kalau boleh dera dia macam tu biar dia mati.. geram!! Sedih..kanak kanak tu, dia tak berdaya nak melawan.. ada lagi kisah mak tiri, ingatka mak tiri dah semua baik baik belaka.. mana pi bapak dia.. sayang bini sampai tak ambik berat hal anak ka..geram! geram! anak tu amanah Allah..kalau tak mau bagi kat aku.. perempuan pulak tu..comey.

Satu lagi..jiran jiran tolong la prihatin.. kalau dengar ada kanak kanak atau jiran kena dera ka atau ibu, atau bapak kena dera ka.. buat la laporan kpd pihak yang berkuasa..

Friday, January 07, 2011

How To Make Red Velvet Cake

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 11:40 AM 0 ulasan

In The Kitchen - Fondant Cake

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 11:00 AM 0 ulasan

Tuesday, January 04, 2011

Cerita PLKN 2..

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 11:09 PM 0 ulasan
                                                 ni gambar cikgu cikgu PLKN..


Cerita PLKN..

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 11:00 PM 0 ulasan
Apalagi yang hendak ditulis.. dah 2,3 hari tak dapat nak menulis sesuatu di blog ni.. sibuk sangat.. awal awal tahun ni..banyak benda perlu dibuat..perlu menyediakan  laporan prestasi anak buah.. boss dah minta..date line dah lepas..

Rasanya kita bercerita pula lah mengenai PLKN no...atau pelatih khidmat negara. Kita start dari mula.. aku ni sebenarnya cita cita dari kecil nak jadi cikgu.. memang minat habis dengan kerjaya tu.. maklum la bagi aku ia kerjaya yang mulia, kedudukan cikgu pula.. terutama dulu dulu cikgu dihormati dan disanjungi.  Bagi ku ia kerjaya mulia yang pahalanya sampai ke liang lahad sekiranya ilmu yang baik yang kita ajar tu disampaikan pula kepada orang lain..jadi pahala kita akan berterusan.  Kita duduk didalam kubur pun akan dapat pahala yang mungkin akan meringankan siksaan kita..

Aruah ayah aku juga seorang guru..minat habis tengok ayah mengajar..pernah duduk dalam kelas ayah dulu..ayah ku mengajar subjek bahasa Malaysia, geografi dan sastera untuk tingkatan 5 dan 6..ayah ku juga kiranya idola ku juga la.. sukar cari ganti..peribadi mulia, pengasih dan lembut pada anak anak..

berbalik pada cerita PLKN.. oleh kerana bukan rezeki ku untuk jadi cikgu sebab mohon ke maktab dulu dulu pun tak dapat.. tak ada rezeki.. bila umur dewasa matang ni.. minat jadi cikgu tu tak hilang.. jadi aku cuba untuk menjadi tenaga pengajar PLKN atau dipanggil juga cikgu oleh pelatih PLKN..nak tahu cerita lanjut sila la ke ruangan halaman..

Saturday, January 01, 2011

Terserempak dengan Barbie..

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 11:20 AM 0 ulasan





barbie.. lawa..


bergambar dengan anak teruna.. tak sempat nak posing pulak dia..


ni liuk lentok penari barbie..

ni ha barbienya.. suara dia sebijik macam barbie kat TV tu.. pandai dia berlakon


ni pelakon tambahan la kiranya..tapi semuanya cara cakap mcm kanak kanak la..



Barbie mendongak ke atas.. berapa tingkat tempat shoping kat Queensbaymall tu.. penuh dengan orang.. aku dan anak anak dok kat tingkat atas.. sempatla snap 2,3 keping gambar sebelum p sembagyang magrib..

Hidup adalah cerita.. sebab itulah aku suka berblog. Dalam perjalanan yang panjang ni.. ada banyak cerita yang boleh kita kongsikan.. selain buat kek untuk menulis sesuatu dalam blog ni.. aku fikir pelbagaikanlah .. cerita hidup pun boleh kan..
Malam tahun baru aku di Quensbaymall, Pulau Pinang.. punya lah ramai orang nak sambut tahun baru.. tak rancang sebenarnya nak pi ke situ.. cuma nak cari pencuci muka.. yang hanya ada jual kat situ.. maklumla di usia usia macam ni.. kena jaga juga kulit muka dan sebagainya..
Mujurlah anak sulung yang perempuan tu balik bercuti belajar dan sudi nak drive.. kalau tidak memang tak pi la. Kat situ terserempak la pulak dengan group minah salleh yang tengah buat persembahan barbie.. tak boleh nak tengok lama lama sebab magrib dah masuk.. punya la ramai orang yang ada kat situ termasuk la geng pak arab yang ramai sungguh di Pulau Pinang la ni..depa pun tunggu jugak.

Lakonan persembahan tu memang la syok tapi pakaian depa tu tak tahan..lepas tu suara pulak ala manja manja gitu.. buat style kanak kanak la. Lepas beli barang yang aku cari.. snap 3,4 keping gambar untuk masuk dalam blog ni..p sembahyang magrib.. kami semua terus balik.. alhamdulillah atas jambatan tak la pulak jem walaupun nak sambut tahun baru..aku terlelap dalam perjalanan balik.. sedar sedar anak dah kejutkan untuk masuk rumah..