Assalamualaikum..pagi tadi..29.3.2013..hari jumaat yang barakah kak syima buat kueh pau..jeles la tengok semua kawan kawan bloger dok buat kueh pau..nak cuba jugak..jgn tak tau ni cubaan pertama ksyima tau..tak pernah buat sebelum ni..tpi rupanya senang sj buat kueh pau ni..kak syima ambik resepi ni dari 1 blog..rizanie kalau tak silap..maaf tuan blog kalau nama tak betul,.dah lupa..
masa mencari resepi tu..jumpa macam macam resepi pau..ada yang bubuh baking powder..kak syima tak brapa suka resepi yang letak baking powder..dah tak original dah kan..macam buat kek la pulak..
ingat tak resepi kue pau kampung kampung dulu mana ada bubuh baking powder..
ok kak syima mula buat kueh pau jam 7.00 pagi..nnti kaksyima bubuh resepi kat bawah ya..kita tengok gambar dulu..
Asalnya nak buat inti kacang hijau macam dulu dulu punya style..tpi dok ralit hingga terhangit pulak rebus kacang tu..jadi ksyima terpaksa pi kedai beli sekaya segera untuk buat intinya..
ni adunan tepung yang telah di uli...
kue pau..model 3 sekawan
tengah kukus
kue pau inti sekaya
Resepi pau
500 gm tepung gandum
11/2 sudu teh yis
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan shortening(atau minyak masak/jagong)
11/4 cawan air suam
Inti
4 gengam kacang hijau (resepi asal 2 gengam sj..sikit sangat..tepung tu banyak)
8 sudu gula pasir ( tak nak manis kurangkan ya)
6 sudu kelapa parut
secubit garam
Cara buat inti :-
Rebus kacang dan gula hingga empuk masuk kelapa masak hingga air kering. sejukkan.
Cara buat doh :-
1. Larutkan gula dgn air suam
2. Dlm mangkuk lain - satukan tepung, yis, shortening, tuangkan air gula sedikit demi sedikit menjadi doh yg lembut
3. Bahagikan doh menjadi bebola kecil (resepi asal dapat 15)..kak syima dpt 20 biji..letak atas dulang yang ditabur tepung..biar 10 minit
4. Leperkan doh dan masukkan inti
5. Lapik kertas minyak atau daun pisang
6. Perap 40 minit
7. Panas kukusan dan kukus selama 10 minit.
Selamat mencuba..
0 ulasan:
Post a Comment