Followers

Saturday, March 30, 2013

siakap steam cara kak syima

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 6:02 PM
Salam..entri hari ini 30.3.2013..kita kongsi resepi siakap kukus atau steam yang simple dan senang nak buat..ikan steam ni sedap dicicah dengan sambal kicap. anak anak pasti suka..makan nasik bertambah tambah 2, 3 pinggan sebab sedap..tak payah nak menumis dengan minyak dan berlemak..cara masak ni memang sihat..
 
ikan siakap steam
 
 
 
Resepi ikan siakap steam
 
 
 Bahan-bahannya :-
 
1 ekor ikan siakap
1 batang serai (ketuk)
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (potong nipis)
1 biji limau nipis (perah ambil airnya)
cili merah (potong)/jika suka
air 1 cawan
garam
daun saderi / daun bawang
 
cara buatnya:-
 
1.  Masuk ikan dalam bekas yang boleh dikukus sapu sedikit garam di ikan
2.  masukkan air dan semua bahan
3.  Panaskan kukusan...dan kukus selama 20 minit- angkat
4.  Tabur daun saderi dan daun bawang sbg hiasan
 
 
sambal kicap ...sedap
 
 
bahan bahan utk sambal kicap
 
kicap manis
1 ulas bawang putih
5 ulas cili padi (yg hijau)
1 biji limau nipis(ambil airnya)
sedikit garam
 
cara buat :-
 
tumbuk cili dah hancur masuk bawang putih, tumbuk lagi hingga hancur masuk garam. bila semua dah hancur masukkan dalam bekas dan tuang kicap manis, air limau nipis dan kacau sebati ...dah sedia untuk di makan..
 
sedap tau..cubalah ikan steam dengan kicap ni....
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

0 ulasan: