Followers

Thursday, March 28, 2013

Puding kastard

Dicatat oleh SyimahomemadeCakes at 8:20 PM
Salam.. petang ni 28.3.2013..kak syima buat puding kastad..yang paling mudah di sediakan...

 
 
 
 

 
Puding kastad
 
Puding kastad kak syima rasanya tak berapa menjadi..sebab sj gatal gatal tangan masukkan 2 sudu tepung jagung..nak buat eksperimen apa nak jadi dan macam mana rupanya..rupanya dia tak berapa berkilat ..kalau kita hanya masukkan tepung kastad dia akan berkilat..gambar di atas kak syima ambil sebelum puding tu beku sepenuhnya..anak anak dah nak makan..jadi potong terus..tak sempat keras dan tak sempat letak dalam peti sejuk..selalunya kak syima buat puding puding ni jenis main agak agak sja bahannya..tapi hari tu ada lala tanya resepi puding susu..jadi kali ini kaksyima terpaksa sukat..harap ok la..agak kekok jugak nak sukat..sebab selalu bahannya main taruh sj..ok siapa yang nak resepinya..dibawah ni ya..
 
 
Bahan bahannya :-
 
2 cawan tepung kastad
1 cawan gula ( tak nak manis kurangkan)
1 tin susu cair
3 cawan air.
 
Cara buatnya :-
 
larutkan kastad dalam air, masukkan susu cair dan gula..kacau dulu hingga sebati dan tak ada tepung yang berketul..letak atas api sederhana kacau hingga agak pekat seperti gambar diatas..tuangkan dalam bekas, ratakan.. siapa yang suka boleh tambah jagung cream dalam adunan kastad tu.. Selamat mencuba..
 
 
 

0 ulasan: